Friday, 9 December 2011

Kanak - kanak dan seni permainan 3 dimensi

PENGENALAN

Apabila kanak-kanak menggunakan media tiga dimensi, mereka membentuk kerja seni yang mempunyai kedalaman, ketinggian dan kepejalan, warna dan bentuk.Penggunaan seni tiga dimensi ini merangkumi membentuk “playdough” atau plastesin, kolaj dan kerja kayu. Playdough boleh disediakan dengan menggunakan bahan seperti tepung, minyak masak dan dimasak. Ia juga boleh didapati di pasaran. Melalui playdough ini, kanak-kanak berpengalaman menggentel, menguling atau meleper. Dalam ertikata lain, mereka dapat memaksimumkan kemahiran motor halus mereka. 

MEMBENTUK DAN MENGUKIR

Bermain dengan playdough ini, kanak-kanak berpeluang menghasilkan bentuk-bentuk yang mereka inginkan dengan penuh kreatif dengan cara mereka tersendiri. Selain dari playdough, kolaj adalah gabungan bahan-bahan seperti kertas tisu, butang, kulit cengkerang dan lain-lain disatukan pada bahan untuk binaan seperti kotak tisu, tin minuman dan kotak susu. Melalui kolaj ini, kanak-kanak berpeluang menghasilkan satu rekaan yang menarik dan tersendiri Beberapa perkara yang harus diberi perhatian sebelum memulakan aktiviti. Ia juga merupakan kombinasi bahan-bahan secara kreatif yang dilekat bersama-sama dengan menggunakan glu atau gam. Kanak-kanak yang mencipta kolaj dapat meneguhkan kesedaran mencipta bentuk, tekstur bahan dan juga warna. “Wood working” atau kerja kayu, memerlukan alat-alat yang berkualiti, pengajaran yang tepat dan sangat mementingkan keselamatan. Selain dari itu, penyeliaan yang rapi perlu dititikberatkan agar semua peraturan-peraturan dipatuhi. Bagi aktiviti ini, kayu dari jenis yang lembut dan paku yang berkepala besar boleh digunakan bagi membolehkan kanak-kanak melakukan kerja kayu. Bagi kanak-kanak yang lebih kecil, adalah lebih baik jika digantikan kayu dengan styrofoam yang tebal bagi supaya mereka mudah melakukan kerja-kerja gergaji dan ia lebih lembut.

TAHAP UMUR

Menurut Shirrmacker (1998), terdapat empat peringkat pengalaman yang dilalui oleh kanak-kanak apabila bermain dengan playdough:

A. PERINGKAT 1 (DUA TAHUN). Bertanya soalan apakah playdough ini dan akan meneroka dan memegang dan merasa bentuknya samada lembut atau keras, sama ada boleh dileperkan atau dicubit-cubit dan dileperkan dan sebagainya.

B. PERINGKAT 2 (TIGA TAHUN). Bertanya soalan apakah yang boleh dibuat dengan playdough ini dan memulakan proses mengguling, meleper dan menguli.

C. PERINGKAT 3 (EMPAT TAHUN). Akan menunjukkan apa yang telah dibentukkan walaupun bentuk yang dihasilkan dengan secara tidak sengaja.

D. PERINGKAT 4 (LIMA TAHUN). Pasti dengan tentang apa yang akan dibentukkan. Bahan dan Peralatan Kanak-kanak belajar melalui kehidupan harian dan persekitaran di tadika. Bahan dan peralatan yang disediakan perlu dirancang dan direkabentuk bagi membantu pertumbuhan dan perkembangan serta meningkatkan kreativiti kanak-kanak. Keperluan menyediakan sesuatu yang kreatif, baru dan pelbagai dapt meransang kanak-kanak untuk mencuba dan menghasilkan sesuatu rekaan. Bahan-bahan terbuang, bahan kitar semula, bahan berkos rendah dan bahan semulajadi boleh digunakan bagi menambah hasil yang kreatif. Dengan bahan-bahan yang pelbagai ini, kanak-kanak akan terdorong untuk menyampaikan idea mereka dengan tersendiri.

Peranan Guru Guru perlu menghargai idea kanak-kanak sebagai sesuatu yang bernilai. Ini adalah kerana orang dewasa kerap tidak mengindahkan atau mengenepikan idea kanak-kanak. Guru patut banyak memberi peluang dan kebebasan kepada kanak-kanak mencuba sesuatu, merekacipta atau membuat projek. Seseorang guru yang kreatif atau cenderung menjadi kreatif boleh memupuk atau meningkatkan daya kretiviti kanak-kanak dalam pemikiran. Oleh itu, seseorang guru yang kreatif akan bertindak sebagai fasilitator dalam proses pembelajaran di samping pemberi motivasi dalam pembelajaran bagi kanak-kanak. 

Guru perlu menghormati idea kanak-kanak walupun ia luar biasa, aneh atau berbeza. Guru juga perlu menggunakan penyelesaian masalah secara kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran mereka di samping menggalakkan mereka berfikir. Mereka perlu diberi masa untuk berfikir dan elakkan dari memberi jawapan kepada semua permasalah. Selain dari itu, guru juga boleh menggalakkan kanak-kanak berfikir dengan bertanyakan soalan–soalan seperti: “Apa yang anda buat?" “Mengapa anda buat begitu?” “Kenapa tidak anda buat begini?” Pelbagai jawapan yang akan diberikan oleh kanak-kanak dan guru harus bijak melayan kerenah mereka.

AMALAN YANG BERSESUAIAN

Dalam konteks DAP (Developmental Appropriate Practise), seni tiga dimensi ini adalah sesuatu yang konkrit yang dapat memberi gambaran yang kukuh terhadap sesuatu yang dipelajari. Oleh itu, sebagai guru prasekolah haruslah menjalankan amalan yang sesuai bagi memberangsangkan minda serta dapat meningkatkan prestasi serta kebolehan kanak-kanak.

Kesediaan Kanak-kanak.

Terdapat 3 peringkat yang dikemukakan oleh Eva Essa dalam Early Childhood Curriculum, bahawa kanak-kanak akan melukis apa yang mereka ketahui dan lukisan mereka akan menggambarkan sesuatu peringkat. Terdapat 3 peringkat iaitu:


  • Peringkat menconteng di mana kanak-kanak 2 hingga 4 tahun akan membuat contengan dan tanda-tanda yang mewakili sesuatu, contoh bentuk bulat mewakili buah, segi empat mewakili kereta dan sebagainya; 
  • Peringkat preskematik di mana kanak-kanak berusia 4 hingga 7 tahun melukis sesuatu yang ada dalam ingatan mereka tetapi tidak begitu tepat, contoh alat permainan di padang permainan
  • Peringkat skematik di mana kanak-kanak berumur 7 tahun akan melukis sesuatu yang lebih tepat seperti gambar rumah saya.
 Sumber : laman informasi prasekolah 

- http://cikguani.blogspot.com/2010/08/kanak-kanak-dan-seni-tiga-dimensi-3-d_13.html

No comments:

Post a Comment